Saturday, January 29, 2011

Kotak Kertas...

Sejak dua menjak ini...aku dah mula membuat persiapan untuk majlis nikah yang bakal berlangsung pada bulan 6 2011...sekarang dah penghujung bulan 1 nak melangkah masuk ke bulan 2....majlis awal bulan 6 jadinya...+ - / x = ??...tinggal 4 bulan ja lagi...aaa...nervous dah terasa....apatah lagi sekarang dah sibuk mencari rumah sewa untuk di sewa lepas kahwin...lagi la  berdebar2 rasanya...apapun aku harap sangat segala perancangan urusan di permudahkan oleh Allah SWT amin....

aku seorang yang boleh di kategorikan sebagai 'simple in person'...haa nak tau apa itu...diriku yang aku kenali...seorang yang tidak cerewet hampir dalam semua perkara..sebabnya? aku tidak berapa suka untuk semakkan kepala dengan sesuatu yang tidak perlu...sama juga dalam persiapan menjelang hari bahagia...pada aku janganlah membazir kepada perkara yang tidak perlu...kedekut? mungkin juga salah satu sifat aku...tapi...untuk kebaikan diri juga...seperti 'post entry' di atas...aku hanya membuat sendiri kotak-kotak kecil daripada kertas bercetak yang terpakai seperti katalog avon...kotak tu adalah idea dari kotak origami yang budak2 suka buat tu...cuma untuk nampak lebih menarik...aku tambahkan aksesori pada kotak comel itu...haa untuk apa kotak-kotak tersebut?kotak itu adalah sebahagian dari buah tangan yang akan aku isikan dengan gula-gula atau kek buah mini untuk diedarkan kepada para tetamu masa majlis kahwin nanti....idea ini muncul setelah ku membuat survey untuk barang2 majlis...tengok paper bag..goodies yang boleh tahan juga harganya....

sambil melayan koleksi Carrie Underwood...salah seorang artis antarabangsa yang aku minat....inilah kotak-kotak kertas yang telah aku siapkan setakat ini ( foto di bawah )....




dan bawah ini pulak...peralatan yang digunakan untuk menghasilkan kotak 



dan di bawah ini pula....'working station' aku...ini kat rumah sewa...impian aku nanti dah ada rumah sendiri....aku nak 'create' 1 bahagian untuk aku berkarya bersama kertas, gunting dan gam.....



selain daripada menggunakan kertas-kertas terpakai..aku juga ada menggunakan kertas A4 80gsm berwarna (tema hitam kuning) yang aku beli 2 3 bundle....1 bundle RM14.00 = 450 keping...sekeping kertas A4 = dapat kotak + penutup kotak..jadinya...untuk 1 bundle kertas A4 aku dapat 450 biji kotak...jimat kan?...untuk aksesori hiasan pula...ikut kepada kreativiti masing-masing...samada nak tampal kertas yang di gunting berbentuk2 atau ingin membeli terus stiker terima kasih yang brkilat-kilat dari kedai bunga dan tampalkan ja...ataupun bagi yang rajin lagi...boleh lilit kotak kertas tadi dengan reben....menarik bukan?lebih menarik kerana ianya hasil buatan sendiri....aku sebenarnya memang penggemar aktiviti 'craft making'...pelbagai jenis aktiviti kraf yang aku gemar...yang terbaru...aku tengah mula belajar membuat scrapbook...tapi masa yang agak terhad dan cuti hanya 1 hari ja  Ahad agak membataskan hobi baru ini...jadi aku hanya buat sekadar mengisi waktu terluang....preview untuk scarpbook belum ada...akan di uploadkan setelah siap sepenuhnya....

Wednesday, January 26, 2011

the land lord.

you're beautiful...

Segalanya Bermula Pada Tarikh Itu - 31 Ogos 1957



Sunday, January 23, 2011

BRa's




1957 - Hari MERDEKA Malaysia







testing one two tree...eh!! three..

cma chibimaruko. Powered by Blogger.

never ending story